FANDOM


Judul : Al Bidayah Wa An-Nihayah Judul Asal : Al-Bidayah wan Nihayah Penulis : Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) Tahqiq : Dr. 'Abdullah B. 'Abdul Muhsin at-Turki Penerbit : Pustaka Azzam

Al-Bidayah wan Nihayah is book author by Ibnu Katsir.

Bagi jilid 1 ini, perbahasan dimulakan dengan methode dan mukaddimah, kemudian masuk ke fokus perbahasan dimulakan dengan topik-topik dan dalil-dalil tentang sejarah penciptaan langit dan Bumi, Penciptaan Jin dan Syaitan, Kisah Para nabi dari Nabi Adam alaihissalam hingga kisah Nabi Ishaq 'Alaihissalam

Bagi edisi jilid kedua ini, ia merakamkan dan membahaskan sejarah dan Kisah agung Nabi Ya'qub 'alaihisSalam, sehingga kisah nabi 'Isa ibnu Maryam alaihissalam.

Bagi edisi jilid ke-3 ini, ia merakamkan dan membahaskan sejarah dan kisah-kisah kaum-kaum terdahulu, perbahasan kisah-kisah Israilliyat, kisah kaum Quraisy dan mulalah masuk ke kisah Rasulillah MUhammad Shalallahu 'Alaihi wa Sallam.

Bagi edisi jilid ke-4 ini, ia diteruskan dengan lanjutan kisah agung perjalanan Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi wa Sallam.

Perbahasan dalam jilid ke-5 ini mengisahkan peristiwa-peristiwa peperangan di zaman Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Perbahasan dalam jilid ke-6 ini ia menyambung rentetan kisah-kisah dan peristiwa-peristiwa peperangan di zaman Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Bagi edisi jilid 7 ini, ia membahaskan sekitar sejarah di era tahun 8 hijriyah hingga 10 hijriyah, sekitar sejarah-sejarah penting di peristiwa perang Hunain, Tahun pengutusan atau pendelegasian, dan sekitar haji wada'.

Bagi edisi jilid 8 ini, ia membahaskan sekitar peristiwa-peristiwa haji, peristiwa wafatnya Rasulullah, dan juga sekitar fizikal Rasulullah.

Bagi edisi jilid 9 ini, ia membahaskan sekitar peristiwa-peristiwa kemukjizatan Rasulullah dan bukti-bukti kenabian Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Bagi edisi jilid 10 ini, ia membahaskan sekitar peristiwa-peristiwa dalam sejarah Islam dari era Tahun 11 Hijriyah hingga Tahun 32 Hijriyah.

Bagi edisi jilid 11 ini, ia membahaskan sejarah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dari Tahun 33 Hijriyah hingga 52 Hijriyyah.

Bagi edisi jilid 12 ini, ia membahaskan sejarah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dari Tahun 53 Hijriyah hingga 73 Hijriyyah.

Bagi edisi jilid 13 ini, ia membahaskan sejarah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dari Tahun 74 Hijriyah hingga 124 Hijriyyah. Iaitu peristiwa-peristiwa sekitar pemerintahan khalifah 'Abdul Malik B. Marwan, Pemberontakkan Ibnu Al-Asy'ats, kisah kekejaman al-Hajjaj, biografi al-Hajjaj antara kebaikan dan kezalimannya, kematian Sa'id B. Jubair, Kepimpinan Sulaiman B. 'Abdul Malik, Kekhalifahan 'Umar B. 'Abdil 'Aziz, Kemunculan Bani 'Abbas, Kekhalifahan Hisyam B. 'Abdul Malik B. Marwan, dan banyak lagi.

Bagi edisi jilid 14 ini, ia membahaskan sejarah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dari Tahun 125 Hijriyah hingga 209 Hijriyyah. Mengisahkan peristiwa era pemberontakan dan pemerintahan khalifah Abu Ja'far al-Manshur, kekhafalihan Harun ar-Rasyid, Musa Al-Hadi, wafatnya Harun ar-Rasyid, Kekhalifahan Muhammad Al-Amin (anak Harun ar-Rasyid), Perselisihan antara Al-Amin dengan al-Ma'mun (adik beradik), Penggulingan Muhammad al-Amin oleh adiknya, 'Abdullah al-Ma'mun B. Harun ar-Rasyid. Di samping kisah-kisah para ulama di zaman tersebut dan sikap mereka.

Bagi edisi jilid 16 ini, ia merakamkan dan membahaskan sejarah atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dari Tahun 331 Hijriyah hingga 468 Hijriyyah. Mengisahkan peristiwa era kekhalifahan Al-Mustakfi Billah, kemudian pemerintahan anaknya, Al-Manshur. Diikuti pemerintahan Bani Buwaih dan kekuasaan mereka di Baghdad dan pemberontakkan terhadap khalifah Al-Mustakfi. Kisah-kisah penaklukan dan kemasukan tentera Rom ke Halab, kemasukan Jauhar Al-Qaid ke Mesir, kekhalifahan ath-Tha'i dan pemecatan ayahnya, Al-Muthi' Billah. Peperangan di antara Al-Mu'iz al-Fathimi dengan Al-Hasan B. Ahmad al-Qirmithi. Dan banyak lagi rentetan kisah-kisah lainnya yang penuh mendebarkan baik dari kisah-kisah pemerintahan, pemberontakkan, kisah-kisah ulama dan sebaran ilmu, serta yang lainnya.

Bagi edisi jilid 17 ini, ia merakamkan dan membahaskan sejarah atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dari Tahun 469 Hijriyah hingga 605 Hijriyyah. Mengisahkan peristiwa era kekhalifahan Maliksyah, Al-Mustazzhhir Billah, Al-Murtarsyid, kelompok Fathimiyyin, Ar-Rasyid Billah, Al-Mustanjid Billah, Al-Mustadhi' Biamrillah, dan Sultan Shalahuddin al-Ayyubi. Selain itu, ia turut memaparkan kisah-kisah penaklukan, peperangan, pembangunan, dan tokoh-tokoh pada era tersebut. Di antara kisah-kisah yang dibentangkan adalah seperti pembangunan Tajiyyah di Baghdad, pengepungan Baghdad, pembebasan kota Harim, peristiwa Sudan, penaklukan Nubah, kisah-kisah Nuruddin az-Zanki, peristiwa Marji' Uyun, perebutan Baitul Maqdis dan penaklukan terhadapnya, peristiwa di kota Akka, perang Marji' Akka, dan banyak lagi lainnya.

Bagi edisi jilid 18 ini, ia merakamkan dan membahaskan sejarah atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dari Tahun 606 Hijriyah hingga 682 Hijriyyah. Mengisahkan peristiwa era kekhalifahan atau pemerintahan di Mosul, pemerintah Nuruddin az-Zanki, perebutan Kota Dimyath oleh tentera Salib (Salibiyyah), kemunculan Jengis Khan dan pasukannya, kemangkatan khalifah An-Nashir Lidinillah dan kekhalifahan al-Malik (Raja) azh-Zhahir, tokoh-tokoh hebat pada generasi tersebut, pemerintahan at-Turkumani sebagai Raja Mesir, pengambil-alihan Damaskus oleh tentera Tartar, peristiwa peperangan Elbistan dan penaklukan kota Caesarea, dan banyak lagi yang lainnya.

Bagi edisi jilid 19 ini, ia merakamkan dan mengisahkan sejarah atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dari Tahun 683 Hijriyah hingga 744 Hijriyyah. Mengisahkan peristiwa era al-Malik Manshur Qalawun, penaklukan Akka, penaklukan kastil Rom, peristiwa 'Assaf, kesultanan Malik al-'Adil Katbugha, kesultanan Malik al-Manshur Lajin as-Silahdar, perang khazandar, kejaiban berlaku di laut, pertempuran Syaqhab, konflik antara Ibnu Taimiyah dan Ahmadiyah, majlis-majlis ilmu Ibnu Taimiyah, kesultanan Malik al-Muzhaffar, terbunuhnya al-Jasynakir, pembebasan kota Malatya, kemunculan mahdi yang sesat di Jabalah, wafatnya al-Hafiz al-Mizzi (guru penulis/Ibnu Katsir), dan banyak lagi yang lainnya.

Bagi edisi jilid 20 ini, ia merakamkan dan mengisahkan sejarah atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dari Tahun 745 Hijriyah hingga 768 Hijriyyah. Antara kandungan peristiwanya adalah kisah Ibnul Qayyim, kerajaan Malik ash-Shalih, kisah-kisah politik dan pemerintahan di Mesir, pergolakan, fitnah-fitnah dan perbahasan hadis akhir zaman, hal-hal ghaib (khabar) yang akan berlaku di masa hadapan, tentera al-Mahdi, kemunculan dajjal, turunnya 'Isa, dan banyak lagi.

Bagi edisi jilid 21 ini, ia memaparkan khabar-khabar yang akan berlaku pada masa hadapan dari bentuk-bentuk fitnah dan malapetaka sebagaimana diriwayatkan secara sahih dari al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi yang mulia.

Bagi edisi jilid 22 ini, ia memaparkan khabar-khabar di barzakh dan alam akhirat seumpama titian shirat, syafa'at, syurga, neraka, ular dan kala jengking neraka, sungai-sungai syurga dan enraka, suasana neraka dan syurga, sifat-sifat syurga dan neraka, keindahan dan kenikmatan syurga, tingkatan-tingkatan syurga dan neraka, bangunan-bangunan syurga, keadaan tanah syurga, makanan syurga, sifat bidadari syurga, dan banyak lagi lainnya. Alhamdulillah, tamat terjemahan kitab ini.

Pranala luar Edit

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.